Prosedur Tuntutan

Tuntutan-tuntutan Kenderaan Bermotor
Ujian sebenar ke atas sebarang perlindungan insurans akan tiba di saat-saat anda ingin membuat tuntutan. Takaful IKHLAS, memberikan anda lebih nilai ke atas wang anda di setiap peringkat urusan dan ianya adalah amat penting bagi kami. Lantas kami telah merekacipta proses-proses tuntutan supaya menjadi semudah dan secekap yang mungkin.




Tuntutan Kenderaan Bermotor Kami di bahagikan kepada 3 jenis

  • Tuntutan Kerosakan / Kerosakan Sendiri Perjanjian Sesama Selesai (Own Damage Knock for Knock - OD KFK)

  • Tuntutan Cermin Kenderaan

  • Tuntutan Kecurian
    Prosidur Tuntutan

    4 Langkah Mudah Untuk Membuat Bayaran Tuntutan. Anda terlibat dalam kemalangan dan mahu memfailkan tuntutan kepada kami.

    • Langkah 1 - Buat laporan polis secepat mungkin selepas kemalangan

    • Langkah 2 - Maklumkan kepada Jabatan Tuntutan kami/ejen/ panel bengkel membaiki kenderaan mengenai kemalangan dan dapatkan borang tuntutan untuk dilengkapkan. Jika kenderaan masih boleh dipandu, hantar kenderaan ke panel bengkel berhampiran, jika tidak sila hubungi no. talian bebas tol kami 1-800-88-1186 untuk perkhidmatan penundaan.

    • Langkah 3 - Pastikan anda menghantar dokumen-dokumen sokongan untuk membolehkan kami mempercepatkan proses tuntutan anda.

    • Langkah 4 - Kebenaran untuk membaiki kenderaan akan dikeluarkan kepada bengkel membaiki kenderaan dalam tempoh 24 jam sebaik saja anggaran pembaikan atau laporan penaksir telah diterima.
    Sila hantar dokumen-dokumen berikut untuk menyokong tuntutan anda:


    1) Kerosakan Sendiri Kenderaan Bermotor
    • Borang tuntutan yang telah dilengkapkan
    • Laporan Polis Yang Asal
    • Anggaran pembaikan oleh bengkel membaiki kenderaan termasuk gambar-gambar yang menunjukkan kerosakan
    • Salinan Kad Pendaftaran
    • Salinan Kad Pengenalan Peserta
    • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu
    • Salinan Cukai Jalan
    2) Kerosakan Diri Kenderaan Bermotor Perjanjian Sesama Selesai (Knock for Knock)
    • Borang tuntutan yang telah dilengkapkan
    • Laporan Polis Yang Asal
    • Anggaran pembaikan oleh bengkel membaiki kenderaan termasuk gambar-gambar yang menunjukkan kerosakan
    • Salinan Kad Pendaftaran
    • Salinan Kad Pengenalan Peserta
    • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu
    • Cakera Cukai Jalan
    • Salinan Laporan Penemuan Polis Yang Telah Disahkan
    • Salinan Laporan Polis Pihak Ketiga Yang Telah Disahkan
    • Salinan pelan lakaran polis yang telah disahkan dan kunci-kunci kenderaan
    • Borang Perakuan Kerosakan Diri Perjanjian Sesama Selesai (OD KFK)
    3) Kecurian Kenderaan Bermotor/Kerugian Menyeluruh/Kerugian Menyeluruh Konstruktif/Kebakaran
    • Borang tuntutan yang telah dilengkapkan
    • Laporan Polis Yang Asal
    • Kad Pendaftaran Yang Asal
    • JPJ K3 dan JPJ K8 yang telah ditandatangani/dicop
    • Sijil Asal
    • Kunci untuk ke kenderaan
    • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta
    • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu
    • Surat Akuan JPJ *
    • Laporan Pihak Bomba (bagi Kebakaran sahaja)
    Untuk korporat dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
    • Salinan Memorandum & Artikel Pertubuhan yang telah disahkan *
    • Borang 9, 24 dan 49 *
    • Salinan kad Pengenalan Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah *
    4) Cermin Bahagian Hadapan Kenderaan
    • Borang Tuntutan yang telah dilengkapkan
    • Laporan Polis Yang Asal (jika ada)
    • Gambar-gambar yang menunjukkan kerosakan (sebelum dan selepas penggantian)
    • Bil Pembaikan Yang Asal
    • Salinan Kad Pendaftaran

    muat turun borang tuntutan